
Identiti 11 mayat insiden tanah runtuh Batang Kali belum dikenal pasti – Dr Zaliha
KUALA LUMPUR, 16 Dis – Identiti 11 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat setakat 4 petang ini, belum dikenal pasti.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pasukan perubatan forensik hospital tersebut sedang mengumpul maklumat antemortem daripada waris mangsa bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat sementara menunggu perintah post-mortem daripada pihak polis.
“Kita ada prosedur yang ketat, selagi belum terima arahan post-mortem, proses bedah siasat tidak akan dilakukan,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata prosedur saringan COVID-19 akan turut dilakukan ke atas mayat sebelum proses bedah siasat dimulakan.
Selain itu, beliau berkata pasukan forensik daripada beberapa hospital di sekitar Lembah Klang telah dihantar bagi membantu proses bedah siasat di hospital itu.
Pihak hospital menjangkakan beberapa lagi mayat akan tiba dalam masa terdekat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMARAK SYAWAL FAMA MELAKA SASAR NILAI JUALAN RM250,000
MERLIMAU 29 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan RM250,000 menerusi penganjuran Program Semarak Syawal Peringkat Negeri...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR LORI KETIKA LINTAS JALAN
TABOH NANING 29 Mac - Lelaki warga emas maut dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MANTAI AIDILFITRI DUYONG MERIAH, PELBAGAI BARANGAN DIJUAL MURAH
DUYONG 29 Mac - Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai telah memenuhi tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, di...
PENIAGA PUKUL LELAKI DENGAN HELMET DITAHAN, PERSELISIHAN FAHAM ATAS JALAN JADI PUNCA
PAYA RUMPUT 29 Mac - Perselisihan faham di atas jalan raya dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul dengan topi keledar...
ALOR GAJAH BERSERI, LAMPU RAYA SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU
ALOR GAJAH 29 Mac - Daerah Alor Gajah kini semakin bersinar dengan pemasangan lampu hiasan yang menerangi kawasan utama bagi...
BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL
MERLIMAU 29 Mac - Beras putih tempatan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Beras Melaka akan mula berada di...