
IBU TUNGGAL BEBAS TUDUHAN BUNUH ANAK ENAM TAHUN
Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap A. Mariyammah, 39, di akhir kes pendakwaan.
“Setelah mendengar keterangan saksi dan menimbang hujahan dikemukakan kedua-dua pihak serta berdasarkan penilaian menyeluruh atas semua keterangan, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie.
“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Mariyammah didakwa membunuh anaknya di Apartment Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 8, Seremban antara pukul 5.30 petang sehingga 6.30 petang pada 5 Sept 2020 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seramai 13 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 2020.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz manakala tertuduh diwakili peguam S. Paul Krishnaraja dan Amy Chong.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...