Ibu sebak terima diploma, ‘hadiah’ terakhir anak

Masa Membaca:2 Minit, 11 Saat

MERLIMAU 13 Mac- Disaat ibu bapa lain gembira menyambut anak masing-masing menamatkan pengajian, dua wanita terpaksa cekalkan hati menerima skrol diploma bagi pihak anak mereka yang telah meninggal dunia.

Kedua-dua skrol Diploma Kejuruteraan Awamitu diterima dalam sidang 3 Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka (PMK) Kali ke-19 di Dewan Platinum Politeknik Merlimau hari ini.

Sharifah,48 berkata apa yang memilukan adalah anak sulungnya itu menjadi anak pertama daripada empat beradik yang memasuki institut pengajian tinggi (IPT).

Namun, sudah ditakdirkan meninggal dunia pada usia 21 tahun dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac 2019, iaitu enam hari sebelum ulang tahun kelahirannya pada 12 Mac.

“Pada mulanya saya dan suami tidak mahu datang sebab bagi kami sudah tiada apa lagi untuk kami raikan, apatah lagi terpaksa menanggung rasa sedih apabila melihat orang lain meraikan anak mereka dengan riang.

“Namun, oleh kerana prihatin kepada pensyarah dan wakil Politeknik yang datang ke rumah menjemout kami untuk menjadi wakil terima skrol untuk anak, kami kuatkan hati untuk naik ke pentas mengambil ‘hadiah’ terakhir dari anak berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengimbau kejadian yang meragut nyawa anaknya, katanya ketika itu Allahyarham dalam perjalanan pulang melalui lebuhraya dari Johor Bahru ke Yong Peng.

Katanya, namun ketika perjalanan, arwah motosikal arwah dilanggar treler dari belakang dan menyebabkan arwah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Itulah kali terakhir saya jumpa dia. Tiga hari sebelum hari kejadian dia ada tunjuk tanda-tanda macam lebih suka menyendiri, jumpa saya pun tidak peluk cium seperti kebiasaan.

“Apa pun saya tetap bangga dengan dia, dia tidak banyak bercakap, rapat dengan adik beradik dan tidak pernah mengeluh kalau disuruh,” katanya yang tinggal di Bukit Pasir, Batu Pahat.

Nada sama disuarakan Norhaslina Simardi, 51, ibu kepada seorang lagi penuntut yang meninggal dunia pada 6 Nov tahun lalu, Muhammad Firdaus Hasanuddin.

Allahyarham Muhammad Firdaus meninggal dalam nahas kemalangan ketika pulang dari bermain badminton bersama rakan.

NORHASLINA Simardi ketika menerima skrol arwah anaknya Muhammad Firdaus Hasanuddin dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke 19 di Politeknik Merlimau, hari ini

Norhaslina ketika ditanya mengenai anaknya, dia tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu berkata “saya bangga dengan dia, saya tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana” sambil menahan tangis.

Dia bersama suami, Hasanuddin Harun, 50 bersama dua adik arwah hadir ke majlis konvokesyen terbabit setelah dijemput sendiri oleh pensyarah Politeknik Kota Melaka pada awal Mac lalu.

Dalam majlis berkenaan,seramai 187 graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Awam menerima skrol masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah kanan kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Roslee Yahya, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1590
Kongsi :
Previous post PRN Johor : BN raih 66.25 peratus undi popular
Next post Kerajaan umum kos, kuota haji awal April
Ubah saiz-+=