Sorting by

×

IBU MAUT, ANAK PATAH KAKI DALAM KEMALANGAN DI PANTAI PUTERI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PANTAI KUNDOR 24 Disember – Ibu maut, manakala anaknya patah kaki kanan selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta yang mahu membelok ke kanan dalam kejadian di Jalan Pantai Puteri, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Noriza Zainal, 40 yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya sedang dalam perjalanan dari arah Pantai Puteri menghala ke Pantai Kundor.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki dua beranak itu tidak sempat mengelak sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang membelok ke kanan untuk ke kedai makan menyebabkan motosikal itu terlanggar sisi hadapan kereta dan terjatuh.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng yang juga anaknya berusia 13 tahun patah kaki kanan.

“Pemandu kereta iaitu seorang pesara berusia 70 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jasin dan Pol 61 telah dikeluarkan untuk menjalankan bedah siasat, selain kedua-dua kenderaan di bawa ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada rakaman papan pemuka (dashcam) dan saksi bebas yang melihat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3858
Kongsi :
Previous post NAHAS KM204: TUN DR. MOHD ALI ZIARAH KELUARGA, MANGSA
Next post 5 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPHTJ SEPANJANG TAHUN 2024
Ubah saiz-+=