Ibu kandung, bapa tiri ditahan bantu siasatan kes rogol

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 9 April – Ibu kandung dan bapa tiri kepada seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pasangan suami isteri berusia 40 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dipercayai baru pulang dari Sabah.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa berusia 16 tahun itu pada jam 4.59 petang, 6 April lalu.

“Pasangan suami isteri yang masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan peniaga nasi lemak itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan membabitkan kejadian rogol itu.

“Mangsa dipercayai dirogol bapa tirinya sejak 2020 dan emaknya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, pasangan suami isteri itu kini direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini selepas mendapat kebenaran majistret.

“Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan ke atas kedua-dua suspek.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8585
Kongsi :
Previous post Lebih 2.97 juta pengguna muat turun, daftar MyJPJ
Next post PUSPAKOM tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri
Ubah saiz-+=