Sorting by

×

Ibu jurufoto MHI meninggal dunia

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 26 Disember – Ibu kepada jurufoto akhbar Melaka Hari Ini, Muhammad Rasul Azli Samad meninggal dunia di Hospital Melaka, pagi tadi.

Aminah Kasiran,72, meninggal dunia akibat ‘Acute Coronary Syndrome’ kira-kira jam 3.42 pagi tadi selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital.

Muhammad Rasul berkata, Allahyarhamah ibunya meninggalkan suami, lima anak dan enam cucu.

Katanya Allahyarhamah sebelum ini mempunyai sejarah masalah buah pinggang, jantung, kencing manis dan paru-paru, selain telah menjalani rawatan dialisis sejak hampir 10 tahun.

“Ketika di hospital, arwah masih sedarkan diri sehinggalah semalam kesihatannya semakin merosot. Selepas menjalani rawatan dialisis ibu disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

“Syukur kami ahli keluarga berada di samping arwah hingga akhir hayatnya. Sepanjang hayatnya, arwah merupakan seorang ibu yang penyayang, semua anak-anak dapat berbakti dengan menjaga dan menjaga kebajikannya hingga ke penghujung hayatnya, alhamdulillah,” katanya.

Menurutnya jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Al-Abrar Semabok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semabok kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian berjalan lancar dan kami adik-beradik mengucapkan terima kasih di atas bantuan serta doa semua,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut hadir menziarahi Allahyarhamah di Masjid Al-Abrar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2013
Kongsi :
Previous post Pemilihan semula JPKK Desa Duyong pada Februari
Next post KBS pergiat usaha selesaikan isu berbangkit
Ubah saiz-+=