Sorting by

×

IBU DUA ANAK ‘COMEBACK’ SELEPAS 12 TAHUN TIDAK BERPIDATO

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 10 Oktober – Selepas 12 tahun berehat, Maizatul Fadzlin Zulkepli, 39, membuat kemunculan semula, sekali gus membuktikan kehebatannya di pentas pidato hingga merangkul johan pada pertandingan itu.

Maizatul Fadzlin, mengenepikan sembilan pesaing lain pada pentas Pertandingan Akhir Pidato Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia 2024 di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Melaka, semalam.

Percaya dan yakin atas usahanya, Maizatul Fadzlin berkata kemenangan itu diperoleh selepas dia membuat pecutan akhir dengan mengadakan latihan sebanyak 30 kali sehari.

“Saya berpegang kepada kata-kata ‘kejayaan tidak akan mengkhianati usaha’, ia terbukti apabila kali ini saya dinobatkan johan pertandingan ini.

“Tiga hari sebelum pertandingan saya cekalkan diri membuat latihan sebanyak 30 kali sehari iaitu pada waktu tengah hari, petang dan malam.

“Ini adalah ‘come back’ selepas 12 tahun sebab persembahan akhir adalah ketika saya masa mula berkhidmat di JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia yang juga ibu kepaa dua anak berkata, pertandingan pidato kali ini memfokuskan kepada penceritaan tentang fungsi dan peranan utama JPN.

“Alhamdulillah kemenangan ini secara tidak langsung mengangkat nama JPN Putrajaya, fokus saya adalah menguar-ukarkan dan berkongsi maklumat kepada orang ramai mengenai peranan JPN.

“Iaitu apa yang JPN laksanakan dan apa pencapaian JPN supaya selepas ini orang tidak rasa ragu-ragu lagi untuk dekat dengan JPN,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post 10,000 DISASAR MERIAHKAN DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024
Next post WANITA DISYAKI LANGGAR PELAJAR UiTM DIREMAN EMPAT HARI
Ubah saiz-+=