Sorting by

×

IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL

Masa Membaca:52 Saat

MERLIMAU 12 April – Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit pada rantai basikal yang baru dibeli.

Dalam kejadian di Taman Merlimau Permai, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi, kedua-dua mereka gagal mengeluarkan jari yang tersepit pada rantai basikal berkenaan menyebabkan terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Abu Bakar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi dan menggerakkan lima anggota ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi tiga minit kemudian didapati jari telunjuk wanita berusia 32 tahun dan anaknya itu masih tersepit pada rantai basikal dan kerja penyelamatan dilakukan.

“Kerja menyelamat tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya kira-kira lima minit untuk mengeluarkan jari yang tersepit pada rantai.

“Kedua-dua mangsa yang cedera pada jari kemudiannya dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau memaklumkan, operasi tamat pada jam 9.54 pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

474
Kongsi :
Previous post CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
Next post ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG