Ibu bapa disaran perangi jenayah siber

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 25 Sept. – Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak menyalahgunakan platform dunia digital yang semakin canggih pada masa kini.

Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Melaka Datin Seri Zarina Mohd Yusoff berkata, ia bagi membantu anak-anak menggunakan teknologi itu dengan lebih selamat.

“Ibu bapa juga perlu diberi panduan bagi mendalami kemahiran keibubapaan siber dalam dunia digital.

“Kita percaya inisiatif ini dapat membantu ahli-ahli Puspanita supaya bijak berinteraksi dalam laman sosial sekali gus melindungi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Jenayah Siber ‘Jadi Wanita Bijak’ di Auditorium Seri Negeri, baru-baru ini.

Hadir sama, Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.

Program itu mendapat kerjasama Jabatan Penerangan Melaka, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKM) Melaka.

Sementara itu, Kamal Affandi berkata, golongan wanita dan kanak-kanak perempuan lingkungan umur 14 tahun ke bawah antara yang menjadi sasaran kepada penjenayah siber.

“Ketika ini ibu bapa harus peka dan sensitif melihat ‘apa yang bertambah’ dalam koleksi barangan anak-anak.

“Mungkin perkara yang bertambah itu datang dari pemangsa yang sedang memenuhi kehendak anak-anak,” katanya.

Views:

371
Kongsi :
Previous post Khidmat sosial PLH UTeM dekati warga sekolah
Next post Peniaga nasi lemak tidak mengaku dera kanak-kanak
Ubah saiz-+=