Ibu bapa disaran pantau anak guna gajet – Ab Rauf

Masa Membaca:59 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Mac- Ibu Bapa disaran agar sentiasa memantau anak-anak yang leka bermain gajet bagi mengelakkan mereka daripada melayari laman sesawan berunsur negatif.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu perlu diberi perhatian bagi membendung gejala tidak sihat dalam kalangan anak muda khusus pelajar sekolah.

“Anak-anak zaman sekarang lebih ‘advance’ (maju), pantaulah..kita tidak mahu bermula daripada hanya melihat ia terbawa-bawa ke alam nyata.

“Orang muda adalah generasi yang akan menjadi pemimpin negara, menjadi tunggak negara, jadi sejak kecil kita kena didik dalam penggunaan gajet ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Program Back To School DUN Tanjung Bidara di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara, hari ini.

Dalam program ringkas itu, seramai 160 penerima membabitkan 80 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) menerima bantuan persekolahan.

Pihak penganjur turut menyediakan program menggunting rambut percuma khas buat pelajar dari 14 kampung di bawah DUN terbabit yang bermula seawal jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Program tersebut diadakan bagi meringankan beban ibu bapa yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 dan mempunyai anak bersekolah .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

637
Kongsi :
Previous post Suspek curi terung miliki senapang angin
Next post Program Back To School, khidmat gunting rambut percuma ringankan beban ibu bapa
Ubah saiz-+=