
Ibadah korban lambang penyatuan masyarakat – KM
TANJUNG BIDARA 17 Jun – Semangat setiakawan dan silaturahim ditunjukkan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dalam melaksanakan ibadah korban dianggap sebagai satu perkara yang perlu dibanggakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, setiap tahun sudah menjadi kebiasaan penduduk melakukan ibadah korban bersama masyarakat setempat.
“Semangat setiakawan dan silaturahim penduduk Tanjung Bidara tidak mengira usia ini perlu dijadikan contoh. Terutamanya apabila ia melibatkan anak-anak muda hingga ke peringkat orang dewasa yang menunjukkan kebersamaan silaturahim antara satu sama lain.
“Hari ini saya akan berkunjung ke beberapa kawasan yang melakukan ibadah korban, di Masjid Tanjung Bidara sahaja ada 20 ekor lembu korban,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas meninjau ibadah korban sekitar DUN Tanjung Bidara di Masjid Tanjung Bidara di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...