I-WAQAF MUDAHKAN PENJAWAT AWAM BERWAKAF

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 20 September – Program Pemotongan Gaji Wakaf Tunai Atas Talian untuk penjawat awam menerusi portal i-Waqaf Melaka dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka September 2024 anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu memberi kemudahan kepada semua umat Islam termasuk mereka berada luar Melaka berwakaf secara tunai kepada dana wakaf negeri.

Ab Rauf yang juga Pengerusi MAIM berkata, kaedah itu dikuatkuasakan kepada penjawat awam seluruh Negeri Melaka sebagai pendekatan terbaik untuk menyokong wakaf tunai.

“Tahniah diucapkan kepada MAIM kerana telah berjaya menyalurkan hampir RM500,000 dana wakaf terkumpul bagi membiayai pengambilan dan pembelian tapak tanah masjid serta kubur di negeri ini.

“Saya yakin pengenalan portal i-Waqaf Melaka juga dapat memberi kemudahan kepada Umat Islam dan seluruh penjawat awam untuk sama-sama mengukuhkan solidariti serta ekonomi umat Islam menerusi perkongsian aset di samping meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan September 2024 anjuran MAIM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad, ketua-ketua jabatan dan agensi serta para penjawat awam Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

48
Kongsi :
Previous post JAUHI TIGA PENYAKIT JEJAS WIBAWA PENJAWAT AWAM
Next post PEMIMPIN SEKTOR AWAM TIDAK BOLEH LAGI MENGELAK MEDIA, ORANG RAMAI
Ubah saiz-+=