Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia

Masa Membaca:2 Minit, 13 Saat

BANDA HILIR 26 Ogos – “Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan diberi penghargaan dan penghormatan sebegini, apa yang saya lakukan sebelum ini sudah menjadi tanggungjawab,” itu kata Tokoh Jabatan Penjara Malaysia, Husain Beladar.

Husain, 87, adalah bekas Pengarah Pembangunan Penjara Malaysia yang juga individu bertanggungjawab atau ‘arkitek’ dalam membina beberapa fasiliti penjara termasuk bangunan ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, Selangor.

Anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu berkhidmat bersama Jabatan Penjara selama 32 tahun sebelum bersara pada 1988.

Dia berasa amat teruja apabila dimaklumkan akan diadakan Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia, Melaka.

“Teruja bukan sebab apa, kerana menerusi pameran yang diatur ini secara tidak langsung dapat berkongsi dengan orang ramai mengenai sejarah penjara di Malaysia.

“Jauh di sudut hati saya berasa amat hiba kerana sumbangan dan jasa saya suatu ketika dahulu masih dikenang sehingga kini walaupun tidak lagi berkhidmat dengan Jabatan Penjara.

“Pameran ini mungkin satu bentuk penghargaan kepada saya, namun apa yang utama ia menjadi platform untuk berkongsi latar belakang jabatan penjara bersama masyarakat, sekali gus boleh menjadi inspirasi kepada gerasi muda,” katanya.

6212818941722607828
TOKOH Jabatan Penjara Malaysia Melaka, Husain Beladar. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Bapa kepada empat anak itu ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran Memoir Tuan Husain Beladar yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad, di Muzium Penjara Malaysia, Melaka, Banda Hilir, baru-baru ini.

Husain berkata, Jabatan Penjara Malaysia kini jauh lebih maju berbanding zaman dia masih berkhidmat dan sebagai orang ramai beliau berharap semua kakitangan khusus wardar menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin serta penuh keikhlasan.

Berkongsi kisahnya Husain berkata, ketika diberi kepercayaan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk mengetuai pembinaan Penjara Marang, pada 1980-an ia dianggap sebagai satu tanggungjawab besar.

6212818941722607865
PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas melawat Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia Melaka, Banda Hilir. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Jelasnya kepercayaan itu susulan usaha beliau mengubahsuai blok dan tempat banduan di Kuantan, Pahang yang mendapat perhatian Ketua Pengarah Penjara, Datuk Ibrahim Mohamed.

“Ketika itu saya berfikir kenapa tidak menggunakan khidmat dan kepakaran daripada banduan-banduan kerana kebanyakkan mereka mempunyai kemahiran jadi rugi jika dibiarkan, sekurang-kurangnya mereka dapat berkhidmat.

“Saya kemudian pergi ke seluruh penjara dan temuduga banduan yang berkemahiran sebelum mereka semua bersama-sama mencurah tenaga membina Penjara Marang. Biarkan kesalahan masa lalu dijadikan pengajaran, namun kelebihan mereka jangan dipersiakan.

“Pembinaan Penjara Marang yang hanya membabitkan kos RM18 juta berbanding peruntukan RM33 juta dengan gabungan tenaga dan kemahiran kira-kira 300 banduan adalah antara pencapaian terbesar untuk saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

205
Kongsi :
Previous post ‘Tugas lebih berat selepas dapat Datuk’ – Shanmugam
Next post Ketua Pengarah Kerja Raya, Pengurus Besar CMI antara penerima Darjah hari ini
Ubah saiz-+=