
Hujan tak bantutkan kemeriahan Festival D’Bendang
SUNGAI RAMBAI 11 Ogos – Meskipun hujan namun orang ramai tetap tidak melepaskan peluang mengunjungi hari terkahir Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Festival D’Bendang Melaka 2024.
Dengan pelbagai program menarik dan lebih 200 gerai jualan sudah pasti ia peluang yang tidak mahu disia-sia orang ramai.
Malah peserta acara sukan rakyat antaranya pertandingan memancing, tangkap ikan, tangkap itik dan bola tampar juga berlangsung dalam suasana meriah.
Walaupun terpaksa ‘menapak’ dalam keadaan becak orang ramai tidak melepaskan peluang untuk turun ke bendang bagi menyaksikan pertandingan yang berlangsung.
Acara kemuncak Mini KUD @Festival D’Bendang akan menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merasmikan program.
langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...