Hujan rahmat di Mina
Hujan renyai disertai guruh kira-kira setengah jam itu mendorong penduduk tempatan dan juga wartawan dari agensi berita antarabangsa keluar di jalan raya untuk menikmati momen berkenaan.
Bagi penduduk tempatan, fenomena ini jarang berlaku memandangkan pada masa ini ialah musim panas manakala wartawan pula tidak mahu ketinggalan merakam detik yang jarang berlaku itu.
“Sekarang musim panas, sepatutnya tiada hujan. Saya agak terkejut hujan pada hari ini,” kata Abdulrahim Althobaiti yang juga pegawai perhubungan bagi wartawan Malaysia dan antarabangsa lain yang membuat liputan musim haji tahun ini.
Menurut Abdulrahim tiada hujan pada musim haji tahun lepas.
Abdulrahim berkata menjadi kelaziman untuk penduduk tempatan di seluruh Arab Saudi keluar dari rumah mereka tanpa berpayung untuk menikmati suasana hujan.
Sementara itu, wartawan Meja Arab Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Noor Azuki Fahme Ismail berkata detik ini sangat dinantikan memandangkan cuaca panas yang sedang melanda sekarang dengan suhu mencecah 43 darjah Celsius.
“Ketika hujan…saya sedang di lobi hotel dan menyaksikan ramai penghuni hotel mula keluar ke jalan raya sambil berdoa tanda bersyukur.
Tinjauan di kawasan jamrah di Mina juga mendapati jemaah berpusu-pusu keluar melontar memandangkan cuaca yang kurang panas berbanding pada hari-hari biasa.
Seramai 21 wartawan dan jurufoto dari 10 agensi berita antrabangsa berada di sini bagi membuat liputan musim haji kali ini atas undangan Agensi Berita Arab Saudi (SPA)
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.