
Hujan lebat, laut pasang serentak punca banjir
AYER KEROH 20 Jun – Hujan lebat sejak awal pagi yang berlaku serentak dengan keadaan air laut pasang kemungkinan menjadi punca banjir kilat yang berlaku membabitkan beberapa kawasan di negeri ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Mejar (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, keadaan itu menyebabkan beberapa pintu baraj perlu ditutup bagi mengelakkan keadaan bertambah membimbangkan dan menyebabkan banjir lebih besar berlaku di beberapa kawasan lain di Melaka.
Jelasnya, pintu baraj ditutup menyebabkan air hujan menampung di darat dan menyebabkan banjir, namun apabila di buka ia menyebabkan gangguan kepada saliran.
“Pintu baraj yang ada di Sungai Melaka terpaksa ditutup disebabkan air laut yang pasang dan jika dibuka dikhuatiri berlaku pertembungan saliran laut dan sungai yang menyebabkan keadaan bertambah teruk.
“Hujan yang berlaku kira-kira lima jam di negeri ini menyebabkan banjir kilat berlaku di seluruh negeri ini, bagaimanapun keadaan itu semakin terkawal kerana hujan telah pun berhenti kira-kira pukul 11 tadi, malah air laut pula dijadualkan surut pada waktu ini.
“Setakat ini tiada kemalangan dilaporkan di dalam negeri ini, namun kami hanya menerima beberapa laporan sekitar daerah dengan isu pokok tumbang disebabkan cuaca hujan lebat,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM370,000 DISALURKAN UNTUK SUMBANGAN IHYA RAMADAN PARLIMEN KOTA MELAKA
TELOK MAS 19 Mac - Sebanyak RM378,000 disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi sumbangan Ihya' Ramadan...
TREND BELI ‘ONLINE’ TIDAK JEJAS PENIAGA BAZAR KLEBANG
KLEBANG 19 Mac - Walaupun trend pembelian dalam talian yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia, namun ia tidak menjejaskan peniaga...
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...