Sorting by

×

Hujan batu di ibu negara semalam

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 25 Jan – Beberapa kawasan di ibu negara dilanda hujan batu dan angin kencang petang semalam.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), berdasarkan imej radar dan satelit, awan hujan dan ribut petir aktif mula dicerap memasuki Kuala Lumpur sekitar 3.30 petang.

Katanya, kejadian hujan batu adalah fenomena biasa terjadi di negara ini.

“Hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Apabila awan Kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer, suhu udara dalam awan tersebut melepasi nilai ambang tahap beku dan membentuk ketulan-ketulan ais di atas lapisan tersebut,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, ais yang terbnetuk itu turun bersama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah.

“Titisan yang terbentuk sebagai ketulan air batu bersaiz sekitar 1.5 sentimenter.

“Kejadian hujan batu ini lazimnya berlaku setempat iaitu kawasan yang berada di bawah awan Kumulonimbus dan tempoh kejadian hujan batu agak singkat sekitar 10 hingga 20 minit,” katanya.

Met Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir pada jam 2.55 petang meliputi kawasan Kuala Lumpur dan amaran berkuat kuasa sehingga 6 petang semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1500
Kongsi :
Previous post Malaysia cari solusi holistik perangi perhambaan moden
Next post Bayi dan kanak-kanak lelaki setengah jam terkunci dalam kereta
Ubah saiz-+=