
Hubungan UMNO, MCA semakin matang selepas tujuh dekad
AYER KEROH 25 Jun – Selepas tujuh dekad persahabatan dan juga kerjasama antara UMNO-MCA berjaya merealisasikan pelbagai aspirasi rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, kedua-dua parti itu juga bersama-sama menempuh pelbagai rintangan dan cabaran.
“Hubungan ini telah teruji sewaktu susah dan senang, semoga MCA terus komited memainkan peranan mewakili suara masyarakat Cina,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook rasminya ketika menghadiri Persidangan MCA Bahagian Hang Tuah Jaya, hari ini.
Selain pemimpin daripada UMNO, wakil daripada MIC yang juga kompomen utama dalam Barisan Nasional turut dijemput menghadiri persidangan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...