Hubungan Bersatu-UMNO diputuskan mesyuarat petang ini- Hamzah
KUALA LUMPUR 4 Mac. – Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diadakan 4 petang ini bagi membuat pendirian mengenai hubungan parti itu dan UMNO.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, mesyuarat itu susulan surat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Selain itu, surat berkenaan juga menyatakan kebersamaan UMNO dengan kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.
“Surat bertarikh 26 Februari lalu itu telah dibincangkan mesyuarat Biro Politik Bersatu dipengerusikan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dan mengambil maklum mengenai keputusan dibuat UMNO di Janda Baik, Pahang berkenaan, Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hamzah berkata pendirian dicapai pada mesyuarat petang ini akan turut dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti-parti komponen PN iaitu PAS, STAR, SAPP dan Gerakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...