HRPZ II adakan pertemuan dengan keluarga bayi meninggal dipercayai kecuaian hospital

Masa Membaca:59 Saat

KOTA BHARU, 21 Feb – Pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan mengadakan pertemuan hari ini dengan waris keluarga yang mendakwa berlaku kecuaian ketika mendapatkan rawatan di hospital itu sehingga menyebabkan kematian kepada bayi berusia dua bulan, Jumaat lepas.

Pengarah HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata pihaknya telah mengadakan siasatan melibatkan pakar perubatan, doktor serta jururawat yang bertanggungjawab dalam merawat bayi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak dapat mendedahkan hasil siasatan yang diperoleh ketika ini dan hanya akan memaklumkan perkara itu kepada waris mangsa ketika pertemuan yang diadakan nanti.

“Sebaik sahaja isu ini dibangkitkan sehingga tular di media sosial kita telah mengarahkan mereka yang terlibat termasuk doktor pakar, doktor, jururawat serta jawatankuasa yang terlibat untuk meneliti perkara ini.

“Kita akan menjelaskan secara rasional mengenai setiap tindakan yang dilakukan terhadap bayi berkenaan ketika mendapatkan rawatan di hospital ini dan waris juga boleh bertanya segala persoalan kepada pihak hospital ketika pertemuan itu diadakan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video menerusi Facebook milik ‘Ola Ola’ yang mendakwa bayinya berusia dua bulan meninggal dunia akibat kecuaian doktor di HRPZ II ketika memberikan rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1124
Kongsi :
Previous post MPC: Malaysia ke arah 10 tangga teratas dalam Indeks Daya Saing Digital Global
Next post 1,200 nelayan Melaka terima Lesen Sampan khas
Ubah saiz-+=