HPM peringkat kebangsaan himpun 200 pemuisi seluruh negara

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 14 Jun – Hari Puisi Malaysia (HPM) Peringkat Kebangsaan Ke-3 menghimpunkan lebih 200 pemuisi seluruh negara dalam sambutan berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini, malam tadi.

Sambutan pada tanggal 13 Jun setiap tahun itu merupakan julung kali diadakan di luar Kuala Lumpur dengan Melaka menjadi tuan rumah.

Seni puisi turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang meluangkan masa bersama-sama meraikan dan merasmikan sambutan HPM 2023.

Ab Rauf dalam ucapan ringkasnya turut mengungkapkan penghargaan kepada HPM kerana memilih Melaka sebagai negeri pertama penganjuran sambutan itu di luar Kuala Lumpur.

“Sambutan HPM ini diharap dapat mermatabatkan Bahasa Melayu di mata dunia, sekali gus melindungi seni puisi buat generasi akan datang,” katanya.

Hadir sama, Penaung Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI), Tan Sri Dr. Hamad Kama Piah Che Othman; Ahli Dewan Negara, Senator Prof. Datuk Seri Awang Sariyan dan Presiden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar.

Pada majlis tersebut, turut diadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan menulis puisi dan tayangan video bacaan puisi HPM 2023.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1643
Kongsi :
Previous post Hidupkan Balai Adat Perpatih, jadikan pusat rujukan – KM
Next post Baik pulih Perkampungan Hang Tuah libat peruntukan RM4 juta
Ubah saiz-+=