
Hotel MITC tawar Menu Rahmah RM5
AYER KEROH 10 Februari – Selaras dengan hasrat kerajaan menangani kos sara hidup rakyat, Hotel MITC tidak terkecuali menawarkan promosi Menu Rahmah dengan harga serendah RM5 di Asahan Cafe Jeti Taman Rempah.
Menurut kenyataan medianya, Menu Rahmah itu dilaksanakan bermula 8 Februari lalu bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.
“Para pelanggan boleh mendapatkan set pilihan nasi lemak atau nasi goreng cina bersama minuman teh o atau kopi o dengan harga mampu milik.
“Promosi dengan harga serendah RM5 ini sudah pasti mengujakan orang ramai yang ingin menikmati set makanan yang disediakan pihak kami.
“Selain dapat membantu rakyat khususnya golongan B40 menikmati juadah, ia juga menjadi tarikan kepada semua golongan untuk menikmati makanan disediakan Hotel MITC,” katanya menerusi kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...