Sorting by

×

Hotel MITC sedia lebih 100 juadah, tawar baucar potongan 20 peratus berbuka puasa

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 24 Mac – Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan berbuka puasa Hotel MITC menawarkan tiga pakej istimewa termasuk diskaun baucar sebanyak 20 peratus pada Ramadan ini.

Eksekutif Pemasaran Hotel MITC Nabila Mahat berkata, setakat ini sebanyak 30,000 baucar diedarkan dan setakat ini pihaknya juga sudah menerima tempahan awal untuk berbuka puasa di hotel berkenaan.

“Kali ini kita buat kelainan tampilkan tiga set menu iaitu Set A adalah RM128+ untuk dua orang makan, Set B (RM158+) dan Set C (RM178+), apa yang membezakan ketiga-tiga set ini adalah kuantiti makanan yang disediakan.

“Kita juga memberikan baucar potongan 20 peratus pada pelanggan, setiap set pembelian boleh dinikmati dua orang, jika mereka bawa kanak-kanak harga dikenakan hanya RM28, begitu juga dengan dewasa dan mereka boleh menikmati bufet yang kami sediakan.

“Ada lebih 100 jenis juadah kami sediakan kali ini, cuma pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan awal atau sehari sebelum datang berbuka,” katanya.

Nabila berkata, jamuan berbuka diadakan di ‘Ballroom Gadek’ berbanding dibawah khemah sebelum ini bagi mengelakkan kesesakan ketika beratur mengambil juadah berbuka.

“Namun kita hadkan hanya 250 ‘pax’ saja pada satu-satu masa untuk mengelakkan pelanggan daripada beratur panjang selain menjaga prosedur operasi standard (SOP).

“Makanan dihidangkan di meja pelanggan mengikut pakej, tetapi jika berasa hidangan itu tidka cukup mereka boleh menikmati hidangan bufet disediakan.

“Tapi untuk mereka yang inginkan suasana ‘outdoor’ boleh berbuka di Asahan Cafe, kita ada sediakan juga cuma lebih kepada ‘indoor’ sahaja kali ini,” katanya.

Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan berbuka puasa boleh menghubungi talian 06-2331551 dan mereka akan diberikan tawaran serta harga yang menarik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2826
Kongsi :
Previous post Eksesais Mantis tingkatkan kesiapsiagaan TDM hadapi ancaman CBRNe
Next post ‘Baywatch’ APM Melaka berwajah baharu
Ubah saiz-+=