
Hotel Equatorial Pulau Pinang tutup operasi akhir Mac depan
AYER KEROH 25 Jan – Hotel Equatorial Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan penutupan operasi berkuat kuasa 31 Mac depan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pengurusan hotel berkenaan, Pengurus Besarnya, Alan H C Ong berkata, penutupan operasi hotel berkenaan adalah susulan pengumuman yang dibuat Pengarahnya pada 25 Januari lalu yang memaklumkan perniagaan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun katanya, semua kakitangan masih kekal sebagai pekerja sehingga hotel berkenaan menghentikan operasi secara rasmi akhir Mac depan.
“Meskipun syarikat berdepan kerugian besar akibat pandemik itu namun pihak syarikat akan membayar pampasan kepada pekerja dan jumlah perincian mengenainya akan diumumkan kemudian.
“Pihak pengurusan akan berusaha untuk bertanggungjawab kepada semua kakitangan hotel berdasarkan terma dan syarat pekerjaan masing-masing,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian WhatsApp di 012-4089739 atau e-mel kepada : [email protected].
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

