Hospital Selayang pula guna kontena simpan jenazah pesakit COVID-19
KUALA LUMPUR 28 Mei – Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19.
Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang Dr Zairee Omar berkata, kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di unit forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa.
Berikutan itu katanya, Hospital Selayang terpaksa menggunakan kontena khas tersebut sebagai peti simpanan mayat tambahan yang boleh menyimpan 20 mayat.
“Kita terima kontena ini daripada Jabatan Kesihatan Selangor semalam dan kita terpaksa guna kaedah ini kerana peti simpanan mayat sedia ada ketika ini tidak dapat menampung jumlah mayat yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Sebelum ini, Unit Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menggunakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat pesakit COVID-19 berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.
Angka korban COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 59 kes kematian baharu semalam, yang menyaksikan jumlah keseluruhan maut wabak itu kini sebanyak 2,491.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BEDAH SIASAT WANITA DITEMUKAN DALAM PETI SEJUK PERLU LEBIH MASA – POLIS
KUALA LUMPUR 18 November - Proses bedah siasat ke atas mayat seorang wanita yang ditemukan dalam peti sejuk beku di...
DUA PENGEDAR DADAH DITAHAN BERSAMA GANJA BERNILAI RM65,428
GEORGE TOWN 18 November - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas 21,041 gram(g)...
MEDIA MELAKA TINJAU KAPAL PERSIARAN GENTING DREAM
BANDARAYA MELAKA 18 November - Kira-kira 92 delegasi Kerajaan Negeri berpeluang melawat dan meninjau kemudahan dan pengoperasian Kapal Persiaran Genting...
150 SYARIKAT GUNAKAN APLIKASI IWORKSYOP
KESIDANG 18 November - Platform digital iWorksyop kini telah digunakan oleh 150 syarikat yang terdiri daripada pengusaha automotif. Pengasas iWorksyop;...
WARGA EMAS HILANG DI SUNGAI PENGKALAN DITEMUKAN LEMAS
ALOR GAJAH 18 November - Warga emas yang dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, di sini, awal pagi semalam, ditemui...
11 DITAHAN DALAM SERBUAN STOR KETUM DAN UBAT BATUK
KUALA LUMPUR 18 November - Polis menahan 11 lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran daun ketum di sekitar ibu...