Hospital pakar jantung bakal dibina di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 25 Julai – Sebuah hospital sub-pakar pertama dalam zon selatan Semenanjung Malaysia yang memfokuskan bidang kardiologi bakal dibina di Melaka.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu antara fokus utama pihaknya dalam usaha menyediakan perkhidmatan pakar kesihatan jantung di negeri ini.

Katanya, perkara itu dikelolakan Hospital Putra Melaka dan bagi merealisasikannya usaha menarik beberapa pelabur dari luar Melaka giat dijalankan.

“Setakat ini ada tiga pelabur menyatakan minat bagi menjayakan perancangan ini, sekali gus menawarkan perkhidmatan kesihatan lebih berkualiti di Melaka.

“Sebelum ini kes membabitkan kardiologi dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Serdang.

“Perancangan dibuat akan menjadikan Melaka sebagai lokasi di zon selatan tanah air yang pertama menawarkan perkhidmatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, di sini, hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, beberapa lokasi sekitar Melaka khusus di kawasan luar bandar dikenal pasti sebagai tapak sesuai untuk pembinaan hospital itu.

“Kalau boleh biarlah jauh dari bandar seperti di Jasin dan Alor Gajah. Namun lokasinya perlu mempunyai jaringan kemudahan awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2126
Kongsi :
Previous post Nombor 612 bawa tuah
Next post Kemalangan Gerik: Polis rakam percakapan pemandu Toyota Hilux dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=