
Hospital Melaka rayu orang ramai tampil derma darah
MELAKA, 10 Ogos – Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka merayu orang ramai yang memiliki darah jenis O, A, B dan AB untuk tampil menderma darah ke hospital itu bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan pesakit.
Jabatan itu menerusi kenyataannya memaklumkan penderma darah boleh hadir ke Hospital Melaka pada Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala pada Sabtu bermula dari pukul 11 pagi hingga 4.00 petang.
“Program derma darah turut diadakan di beberapa lokasi lain termasuk di pusat beli-belah KIPMall Bachang esok, Wisma Persekutuan, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 12 Ogos dan Syarikat Air Melaka Berhad, Jalan Hang Tuah pada 13 Ogos.
“Keprihatinan dan sumbangan anda dalam membantu kami mengekalkan bekalan darah untuk pesakit amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung jadual bergerak bagi program derma darah di Facebook rasmi jabatan itu iaitu ‘melakabloodbank’ atau hubungi 06-2892873. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
TUGU KEDAULATAN NEGARA ADA DI PULAU KONET
SERI NEGERI 29 April - Sebuah Tugu Kedaulatan Negara telah dibina di Pulau Konet, Telok Gong oleh Majlis Keselamatan Negara...
PERUNTUKAN LEBIH RM11 JUTA PASANG LAMPU JALAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Lebih RM11 juta dibelanjakan bagi tempoh dua tahun (2024-2025) untuk pemasangan lampu jalan di seluruh...
PULAU KONET JADI SEBAHAGIAN KORIDOR TENAGA NEGERI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Pulau Konet yang terletak di perairan Telok Gong, Kuala Linggi telah diwartakan sebagai sebahagian kawasan...
CETUS KEKECOHAN, ADUN PEMBANGKANG DIBERI PERINGATAN
SERI NEGERI 29 April - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, memberi peringatan terakhir kepada pembangkang, Dr....
SUNGAI MELAKA FASA DUA BERKONSEPKAN RIADAH AKAN DISERAHKAN KEPADA PPSPM JUN INI
BANDARAYA MELAKA 29 April - Sungai Melaka Fasa Dua akan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) pada...
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...