Hospital Alor Gajah dinobat hospital terbersih di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 November – Hospital Alor Gajah dinobatkan sebagai hospital terbersih dan terindah berbanding lima hospital lain yang tersenarai di Melaka.

Kejayaan itu direkodkan dalam Majlis Penyampaian Hadian Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka 2022 diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Pengarah Hospital Alor Gajah, Dr. Zarina Sahrom @ Shahrom berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama dan usaha keras kakitangannya selain beliau turut meluahkan rasa syukurnya di atas kejayaan itu.

Menurutnya, kejayaan itu kali pertama diterima hospital berkenaan dan ia antara kejayaan terbesar pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dalam suasana bersih dan indah buat pelanggannya.

“Alhamdulillah, ini semua kerja keras terutama kakitangan pembersihan hospital yang bertungkus lumus memastikan Hospital Alor Gajah kekal bersih daripada sampah dan indah dengan penjagaan landskap sedia ada.

“Pencapaian ini sekali gus mampu menaikkan semangat kakitangan hospital untuk memastikan kebersihan dan keindahan kawasan hospital mampu dijaga berterusan.

“Biarpun sebelum ini juga pernah mendapat tempat sebagai tandas terbesih kami akan memastikan keselesaan pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan di hospital mampu dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu dalam program diadakan itu, Dr. Zarina  menerima hadiah wang tunai sebanyak RM,5000 berserta sijil penghargaan disampaikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Bagi pemenang kedua pula menobatkan Hospital Pantai, Ayer Keroh telah membawa pulangan RM3,000 berserta sijil penghargaan diikuti tempat ketiga iaitu Hospital Jasin turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM1,000.

Tiga lagi hospital yang bertanding adalah Hospital Melaka, Pusat Perubatan Oriental dan serta Hospital Putra.

Menerusi pertandingan anjuran Jabatan Ketua Menteri itu, sebanyak 21 kategori pertandingan dipertandingkan melibatkan sebanyak 283 penyertaan kali ini.

Antara kategori lain adalah kategori kampung, jabatan, sekolah menengah, sekolah rendah, taman perumahan, masjid, restoran, kilang dan sebagainya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4202
Kongsi :
Previous post Perkasa kebersihan dan keindahan kawasan pelancongan
Next post Malaysia masih di bawah ‘kerajaan sementara’ – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=