Sorting by

×

HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Mac – Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai Puteri telah diraikan pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Hotel Holiday Inn Melaka.

Menerusi program itu, Hotel Holiday Inn Melaka tidak ketinggalan menghulurkan duit raya kepada setiap mereka bagi berkongsi rezeki Ramadan serta Aidilfitri yang bakal menjelma.

Pengurus Besar Hotel Holiday Inn Melaka, K. Ramasamy berkata pihaknya sentiasa memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada menerima manfaat, sekali gus menyuburkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada setiap musim perayaan.

“Sudah menjadi amalan kami (Hotel Holiday Inn Melaka) untuk meraikan komuniti pelbagai lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi menjalankan aktiviti CSR pada setiap perayaan yang disambut oleh negara ini.

“Motif utama kami ialah untuk menyumbang aktiviti CSR bersama pelbagai komuniti di negeri ini bertepatan dengan hasrat Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh) yang mahu merakyatkan program pelancongan negeri ini amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis CSR dan Berbuka Puasa Bersama 30 anak yatim RAYSAS Pantai Puteri di Hotel Holiday Inn Melaka, di sini, semalam.

Beliau menambah, pihaknya turut berhasrat memperluaskan inisiatif CSR di negeri ini bagi tujuan menyantuni pelbagai komuniti sekitar.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada menerima manfaat, sekali gus menyokong agenda pembangunan masyarakat secara inklusif.

“Malah, Program CSR Hotel Holiday Inn Melaka selaras misi kami untuk terlibat langsung dengan komuniti yang pelbagai di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Next post PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN