
Hina Nabi: Penulis buku ditahan
KUALA LUMPUR, 11 April – Seorang penulis buku hari ini ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor kira-kira 11.15 pagi dan turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap lelaki berkenaan akan dibuat esok.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
