‘Hilang tangan kiri’ lelaki terima faedah Perkeso

Masa Membaca:53 Saat

BANDARAYA MELAKA 11 Oktober – Seorang penyelia syarikat elektrik menarik nafas lega selepas menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas kehilangan tangan kirinya ketika bertugas.

M Muralitaran, 24, berkata, insiden itu berlaku dalam kejadian jam 11 pagi, 12 Ogos lalu ketika dia ditugaskan menghantar mesin pembancuh simen ke sebuah syarikat di Gemencheh.

Ketika keluar dari lori Muralitaran tiba-tiba dihempap besi ‘high beam’ menyebabkan kecederaan parah pada tangan kiri yang kemudian terpaksa dipotong dari paras lengan kebawah.

“Ketika itu mesin pembancuh simen berkenaan berada di atas ‘forklift’. Namun jentera itu terlanggar besi high beam kemudian jatuh menghempap saya.

“Selain parah pada tangan kiri saya juga cedera di muka dan belakang badan,” katanya ketika ditemui pada Program Perkeso Mendekati Media di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem dengan disaksikan Pengarah Perkeso Negeri Melaka, Abd Razak Omar.

Dia yang juga Orang Berinsurans (OB) tidak berputus asa dan berharap tahap kesihatannya bertambah baik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1403
Kongsi :
Previous post MPJ lancar Operasi Sitaan Cukai Taksiran kesan pemilik premis
Next post Kepakaran TVET UTeM ke Kemboja
Ubah saiz-+=