Hidup bersama COVID-19 tapi perlu kawal secara serius – Ghafaar
SERI NEGERI, 21 Sept – Konsep hidup bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik dilihat sebagai pilihan yang perlu diterima umum namun ianya perlu dikawal secara serius dari segi pertambahan vaksinasi serta pematuhan total prosedur operasi standard (SOP).
Pengerusi Jawatankuasa Khas COVID-19 (JKC-19) Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, kerajaan negeri memandang serius berkenaan hal tersebut dan pelbagai inisiatif vaksinasi telah dilaksanan dalam memastikan setiap rakyat negeri ini terima vaksin secara menyeluruh.
“Jika kita biasakan diri untuk hidup bersama COVID-19, maka tahap vaksinasi perlulah tinggi serta lengkap dalam kalangan rakyat Melaka dan pematuhan SOP juga perlu dipatuhi secara serius.
“Sudah terbukti, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan, malah SOP yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), ianya adalah hasil daripada maklumat setiap agensi terlibat dan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wira Hasan Abd Rahman (BN-Sungai Rambai) mengenai isu rakyat hidup bersama COVID-19, dalam Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di sini, sebentar tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...