Sorting by

×

Hidangan ‘rare’ penyeri buffet Ramadan Hotel LaCrista Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Mac. – Menu unik seperti sup torpedo, bihun sup lidah dan nasi arab kepala kambing antara hidangan lazat bakal disajikan bagi buffet Ramadan di Hotel LaCrista Melaka, bermula 13 April hingga 12 Mei depan.

Pengarah Urusan Hotel LaCrista Datuk Rosthman Ibrahim berkata, selain sajian unik itu, pihaknya juga memperkenalkan menu warisan yang sukar didapati di Melaka seperti nasi dagang Terengganu dan kurma daging Perlis bagi menarik orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa di hotel selepas setahun negara dilanda pandemik COVID-19.

MENU sup torpedo dalam Bufet Iftar Ramadhan Juadah Warisan di Hotel La Crista. Foto: MR. Azli

Katanya, tawaran dengan promosi serendah RM98 bagi dewasa dan RM68 untuk warga emas dan kanak-kanak, pihaknya bakal menyediakan lebih 200 menu kepada pengunjung setiap hari.

“Selain itu, kita juga memberikan promosi harga RM88 bagi harga dewasa sekiranya ada yang membuat pembelian awal (early bird) baucar sebelum 10 April.

“Buffet Iftar Juadah Warisan ini akan diadakan setiap hari sepanjang Ramadan bermula jam 7 malam dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Rosthman berkata, pihaknya berharap melalui kempen Melakan Visit Melaka 3.0 yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi, ia sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan buffet Ramadan yang disediakan pihaknya.

NASI dagang antara menu Bufet Iftar Ramadan Juadah Warisan di Hotel La Crista . Foto: MR. Azli

“Pada masa sama, kita juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan semula sekatan rentas negeri bagi membolehkan orang luar negeri ini untuk merasai juadah buffet yang kami sediakan.

“Selain itu, kita kita turut melakukan inisiatif untuk merancakkan kembali sektor pelancongan menerusi pakej menarik bagi penginapan di hotel dengan harga serendah RM100,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2302
Kongsi :
Previous post ‘Ingatkan gurauan rakan mati tergantung’ – Saksi
Next post Geng pecah tabung masjid tumpas
Ubah saiz-+=