
Hiasan warna-warni sambut perantau, pelancong
AYER KEROH 5 April – Suasana malam sepanjang jalan utama dan lokasi tumpuan pelancong sekitar Bandaraya Melaka kini lebih ceria apabila dihiasi pelbagai jenis lampu warna-warni termasuk bermotifkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, selain menceriakan mood waktu malam, lampu hiasan itu menjadi simbolik untuk menyambut perantau yang pulang ke kampung atau pelancong singgah ke negeri ini.
“Sekarang ini MBMB sedang giat melaksanakan pemasangan hiasan menyambut Aidilfitri, dijangka jumlah pelancong datang bercuti ke Melaka bersempena cuti musim perayaan akan meningkat.
“Dianggarkan sepanjang musim perayaan ini jumlah pengunjung dan pelancong singgah ke Melaka akan berganda antara 18,000 hingga 20,000 pada setiap hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, susulan jangkaan peningkatan jumlah pengunjung pegawai dan anggota bahagian penguatkuasa MBMB serta jabatan lain akan bertugas pada hari raya nanti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...