Hentian 50 kuih ‘Simpang Ompek’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TABOH NANING 9 Februari – Mahu membantu kaum hawa menjana pendapatan mendorong dua sahabat ini mengusahakan ‘Warung Dessert Viral Simpang Ompek’, menawarkan hampir 50 menu kuih, selain roti dan makanan berat.

Noorfarahliza Hussin berkata warung terletak di Taman Bandar Baru Simpang Empat, di sini, bersama rakannya Laily Idayu Abdullah sejak awal bulan lalu.

Katanya warung berkenaan adalah pusat sehenti bagi mengumpul dan memasarkan produk makanan keluaran kaum hawa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning.

“Menggunakan cara ini lebih meriah, banyak produk boleh dijual pada satu masa. Jika proses sendiri pasti saya tidak mampu untuk buat semua ini.

“Ramai kaum hawa tahu untuk sediakan kuih berkualiti, namun pemasaran adalah masalah utama mereka, selepas berbincang kami bantu wujudkan pusat sehenti ini untuk bantu usahawan kecil ini,” katanya ketika ditemui, gerainya, di sini, 28 Januari lalu.

Noorfarahliza berkata, setakat ini dia membantu memasarkan 50 jenis kuih seperti akok, ubi sira, ubi rebus dan tepung pelita ditawarkan pada harga berpatutan.

Selain itu antara makanan berat ditawarkan adalah nasi kukus ayam dara, nasi berlada petai dan laksa Kedah,

“Setakat ini hampir 30 peserta yang hantar produk makanan mereka, alhamdulillah sejak mula dibuka kami menerima sambutan amat menggalakkan.

“Mungkin ini adalah cara terbaik untuk kami semua berkongsi rezeki,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7777
Kongsi :
Previous post Bertani jadi terapi ‘bekas YB’
Next post Rumah pam, tangki atasi tekanan air rendah di Gadek
Ubah saiz-+=