
Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial – Fadhlina
KUALA LUMPUR, 27 Jan – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahukan supaya budaya memberikan amaran terhadap guru yang mengkritik di media sosial, dihentikan segera.
Menurutnya beliau telah dimaklumkan bahawa guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Hasmadi Hamdan telah diberikan amaran oleh pegawai, kerana mengkritik di media sosial.
“Guru pendidikan khas adalah barisan hadapan saya dalam membangun konsep madani dalam pendidikan khas. Kebimbangan beliau adalah kebimbangan saya.
“Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang mengikut saluran, adab berbeza pandangan yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid, para guru dan tonggak profesionalisme yang memandu penjawat awam,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Fadhlina berkata pendekatan administratif yang baik hanya boleh dicapai, apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan.
Menerusi hantaran itu, Fadhlina turut berkongsi mesej terbuka Hasmadi kepada Menteri Pendidikan yang dimuat naik di media sosial guru berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KHATAM AL-QURAN PERDANA DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Mac - Usaha untuk memeriahkan Ramadan diteruskan lagi Japerun Dewan Udangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerusi penganjuran...
DUA SEPUPU SEPAKAT TERUSKAN LEGASI BAHULU ‘CRISPY’
MACHAP JAYA 20 Mac - Bagi mengelakkan perusahaan bahulu dimulakan arwah bapanya lebih 20 tahun lalu 'terkubur' seorang remaja lelaki...
MAIM PERUNTUK RM14.8 JUTA BAGI PEMBANGUNAN MUALAF
BANDARAYA MELAKA 20 Mac - Peruntukan zakat berjumlah RM14.8 juta disediakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tujuan pembangunan mualaf...
LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH
KUANTAN 20 Mac - Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Kampung Kuala Semantan, Raub terbakar tengah malam tadi. Jurucakap...
JANGAN BERLENGAH JELASKAN ZAKAT FITRAH
TANJUNG BIDARA 20 Mac - Umat Islam diingatkan supaya menyegerakan tanggungjawab untuk melunaskan bayaran zakat fitrah, kata Mufti Negeri Melaka,...
IFTAR DI DATARAN VISTA ALAMANDA MERIAH
JASIN 20 Mac - Hampir 500 warga sekitar Jasin mengambil peluang untuk berbuka secara santai pada Majlis Iftar Jamaie Majlis...