Sorting by

×

HENTI BUDAYA BEDUNG BAYI ASUHAN

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

REMBIA 8 September – Pengasuh di negeri ini tidak dibenarkan membedung bayi asuhan mereka dengan tujuan untuk menidurkan atau mengelakkan bayi menangis.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, perbuatan itu adalah menjadi satu kesalahan.

Tegasnya, budaya tersebut perlu dihentikan serta-merta bagi mengelakkan berulangnya kes kematian melibatkan bayi di taman asuhan kanak-kanak (taska).

“Kejadian di taska Taman Kelemak Utama ini adalah sama seperti kejadian yang berlaku di Melaka sebelum ini, di mana bayi itu dibedung, diberikan susu dan kemudian ditutup dengan kain sehingga meninggal dunia.

“Jadi, perkara ini tidak boleh berlaku lagi dan kita akan hentikannya supaya tidak berlaku kes ketiga, keempat dan seterusnya.

“Sebab itu kita mahu panggil pengasuh di negeri ini supaya mereka dapat diberikan latihan yang terbaik dan membantu pengusaha taska memilih pengasuh yang benar-benar layak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka kepada waris bayi maut di Taman Kelemak Utama, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JKM Negeri Melaka Halyjah Muhammad.

Dalam pada itu, Kalsom turut mengingatkan pengusaha taska agar tidak mengejar keuntungan semata-mata sehingga sanggup mengabaikan apa yang berlaku di premis masing-masing.

“Saya difahamkan ada di antara taska-taska ini mempunyai banyak cawangan dan disebabkan itu, ada yang terlepas aspek keselamatan kerana tidak memantau apa yang berlaku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

121
Kongsi :
Previous post 184 VETERAN BERENTAP MAIN KAROM, BOLING
Next post KANAK-KANAK HILANG JUMAAT LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
Ubah saiz-+=