![476226461 1056436496527721 8964716030956697797 N](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/476226461_1056436496527721_8964716030956697797_n.jpg?v=1738819384)
HELIKOPTER TERBAKAR DI BENTONG, JURUTERA WARGA INDONESIA MAUT
Masa Membaca:29 Saat
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus.
Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
191