Helikopter dinaiki Abang Johari mendarat cemas, semua selamat
KUCHING, 18 Dis – Helikopter dinaiki Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg terpaksa melakukan pendaratan cemas di padang kawad Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) kira-kira 2 petang tadi akibat hujan lebat.
“Akibat hujan lebat, helikopter itu yang sepatutnya mendarat di Masjid Jamek Negeri terpaksa dilencongkan ke Unimas. Semua penumpang dalam helikopter termasuk Abang Johari selamat,” kata Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Ahmad Hazlan Ismawi ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata insiden itu berlaku ketika helikopter yang dinaiki Abang Johari sedang dalam penerbangan dari Gedong ke Masjid Jamek di Kuching.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial memaparkan sebuah helikopter berwarna putih sedang melakukan pendaratan cemas semasa hujan lebat.
Abang Johari merupakan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Proses pengundian bagi PRN12 berlangsung hari ini dalam keadaan hujan di sesetengah kawasan di bandar raya ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIADA KOMPROMI, PPSPM TOLAK RASUAH
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus komited menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab dalam menolak...
PROJEK ‘MISSION IMPOSIBLE’ KERAJAAN MELAKA BUKTIKAN KEJAYAAN
MERLIMAU 23 Januari - Kerajaan Negeri memberi jaminan pesawah di negeri ini akan ditawarkan dengan pembelian harga benih padi jauh...
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...