
Hee Sem dekat dengan rakyat
MACHAP 8 Jun- Gelagatnya yang sentiasa tersenyum dan menyapa sesiapa sahaja membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Ngwe Hee Sem amat dekat dengan penduduk setempat.
Meskipun berdepan dengan kekangan waktu kerana perlu menguruskan portfolionya sebagai Exco Hal Ehwal Pengguna namun beliau akan ‘mencuri’ masa turun padang berjumpa penduduk yang ditimpa musibah.
Lebih gemar bersikap santai, beliau tidak kekok ‘lepak’ di kedai kopi untuk bersarapan bersama penduduk sambil berkongsi pelbagai cerita.
Seakan tidak pernah kenal erti penat, beliau sentiasa turun padang dan menyampaikan sumbangan bagi membantu mereka yangñ terkesan.
Pada Rabu, Hee Sem meluangkan masa melawat mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan di Felda Menggong apabila bahagian dapur rumah mangsa dikenali Cikgu Mat terbakar akibat Litar Pintas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...