Sorting by

×

HEBAHAN, PROMOSI W.R.U.R PENGKALAN BATU SEMAKIN RANCAK

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 1 Februari – Perjalanan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu akan lebih tersusun dan teratur.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, dari segi hebahan dan promosi bagi program terbabit telah digerakkan awal.

Katanya, ia bertujuan sebagai pemakluman kepada penduduk dan warga Pengkalan Batu untuk memeriahkan lagi program yang telah diatur bermula 10 hingga 23 Februari itu.

“Hebahan awal kita telah mulakan pada minggu ini, di mana untuk W.R.U.R itu sahaja sudah lebih 30 poster, gegantung dan lain-lain bahan hebahan telah dipasang serta diagihkan.

“Manakala di laman sosial dan untuk beberapa kawasan dalam Pengkalan Batu itu, kita sudah menggerakkan Jabatan Penerangan bersama pemimpin masyarakat untuk turut serta menghebahkan program ini.

“Kita harap pada Hari Bersama Rakyat (HBR) itu nanti masyarakat yang mempunyai pelbagai isu yang tidak selesai boleh hadir terus kerana pelbagai agensi kita bawa pada hari tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata pihaknya perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk memaklumkan hasil ‘post-mortem’ Program W.R.U.R edisi sulung di DUN Kuala Linggi, 4 hingga 18 Januari lalu.

“Setiap DUN mempunyai perbezaan di mana kita akan memperbaiki setiap kelemahan atau kekurangan yang kita telah kenal pasti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

56
Kongsi :
Previous post TIKET RM10 ‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ KEMBALI LAGI ESOK
Next post ALOR GAJAH ‘HOTWHEELS’ TARIK PESERTA CILIK, WARGA EMAS