HBN2024: Lebih 15,000 belia berhimpun di Dataran Pahlawan

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 25 Mei – Lebih 15,000 belia dan orang ramai hadir memeriahkan perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan, yang berlangsung di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini.

Lagu Senandung Anak Melaka yang dicipta bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan persembahan tarian penuh bertenaga daripada Zeppo Youngsterz Crew membuka tirai dan menggamatkan suasana sambutan.

Sambutan HBN2024 turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut bersama Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Pemimpin-pemimpin Kanan Kerajaan Persekutuan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid dan belia-belia seluruh negara.

Terdahulu, pada sebelah pagi telah berlangsung Larian #YakinBoleh yang disertai kira-kira 3,000 peserta.

Sambutan yang berlangsung bermula semalam sehingga esok berlangsung meriah dengan pelbagai program dianjurkan termasuklah gerai pameran.

Dianggarkan seramai 30,000 belia akan ‘berkampung’ di Melaka untuk sambutan edisi ke-60 tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

48
Kongsi :
Previous post PM umum RM10 juta untuk program belia
Next post 300,000 belia tunjang pembangunan Melaka
Ubah saiz-+=