
HAYATI KEINDAHAN, MANFAATKAN KELEBIHAN RAMADAN
AYER KEROH 28 Februari – Sempena menyambut ketibaan Ramadan, Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB) menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadan disampaikan oleh penceramah selebriti Ustaz Syamsul Debat yang berlangsung di Auditorium Hang Lekiu, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Pengurus Besar MBSB, Shahfulrizal A. Bakar berkata ceramah bertajuk ‘Keberkatan Ramadan’ itu berjaya menarik seramai 300 penyertaan termasuk kumpulan penuntut daripada Universiti Islam Melaka (UNIMEL) selain kakitangan jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.
“Penganjuran program ilmu ini merupakan salah satu inisiatif kami menerusi Kelab Sukan dan Kebajikan MBSB, untuk mengajak umat Islam menghayati keindahan dan memanfaatkan kelebihan sepanjang Ramadan yang penuh barakah.
“Harapan kami (MBSB) adalah untuk berkongsi ilmu menerusi ceramah disampaikan, Ustaz Syamsul Debat mengenai keberkatan Ramadan, semoga semua yang hadir diberikan keberkatan dunia dan akhirat,” katanya ketika berucap pada program tersebut.
Hadir sama Timbalan Pengerusi MBSB, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin dan Timbalan Pengurus Besar MBSB, Rohazam Bakar.
Ketika menyampaikan ceramah, Ustaz Syamsul Debat amat menekankan berhubung penghayatan Ramadan serta amalan taubat nasuha.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.