
HAWANA diangkat menjadi program nasional setiap tahun – Menteri
BANDA HILIR 29 Mei- Hari Wartawan Nasional (HAWANA) akan diangkat menjadi acara nasional dan akan disambut setiap tahun pada tanggal 29 Mei.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui peringkat kabinet.
Katanya, agenda itu bagi mengiktiraf peranan wartawan dan pengamal media di negara ini.
“Secara peribadi saya memberi jaminan akan memberi keutamaan tinggi terhadap sambutan HAWANA selagi berkhidmat dalam kerajaan.
“Negara mesti beri pengiktirafan dan sekarang Kabinet bersetuju untuk sahkan HAWANA dan kita berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pengiktirafan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Forum Media Nasional sempena HAWANA 2022 di sini hari ini.
HAWANA 2022 bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’ disambut hari ini dengan majlis kemuncak dirasmikan oleh perdana menteri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...