
HAWANA 2022: Pengamal media mula tiba di Melaka
MELAKA, 28 Mei – Pengamal media mula tiba di bandar raya bersejarah ini bagi menghadiri majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 yang akan berlangsung di Hotel Hatten di sini, esok.
Ketua Bernama Radio Azlan Idris yang juga Ketua Jawatankuasa Kandungan Pameran dan Forum HAWANA 2022 berkata kira-kira 85 peratus daripadaĀ pengamal media yang dijemputĀ telah mengesahkan kehadiran mereka setakat semalam.
āKami menjangkakan peningkatan daripada segi jumlah itu mungkin dapat dilihat hari ini dan sudah pasti kita harapkan kehadiran penuh.
āā¦kerana kehadiran para wartawan yang kita mahukan, sebab esok adalah hari mereka untuk menghargai jasa dan pengorbanan wartawan selama ini dan kita mahu meletakkan penjenamaan bahawa setiap 29 Mei perlu diraikan golongan wartawan,ā katanya ketika ditemui semasa raptai HAWANA 2022 hari ini.
Kemuncak sambutan HAWANA yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok, juga akan dimeriahkan dengan kehadiranĀ wakil wartawan dariĀ Indonesia dan Vietnam yang tiba hari ini.
Bertemakan āSuara Jelata, Aspirasi Negaraā,Ā acara kemuncak petang esok dijangka dihadiri kira-kiraĀ 700Ā pengamal media, antaranya tokoh wartawan negaraĀ Tan Sri Johan Jaaffar, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk DrĀ Chamil Wariya, ketua-ketua pengarang agensi media serta para wartawanĀ muda negara.
Sementara itu, Pemberita Kadet Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-Aimi Mohamed Ghazemy, 25, meluahkan keterujaannya kerana dapat menghadiri majlis tersebutĀ yang mengumpulkan golongan wartawan dan pengamal media seluruh negara.
āSaya sebagai wartawan yang baru menceburi bidang ini amat gembira kerana dapat menghadiri HAWANA 2022 sekali gus diberi peluang untuk lebih mengenali dunia kewartawanan dan media massa daripada mereka yang berpengalaman melalui program ini,ā katanya yang tiba di sini hari ini.
Pelatih Bernama Nur Syafiqah Azdha Mahamad Subri, 24, pula berkata peluang menjadi antara peserta HAWANA 2022 adalah pengalaman bernilai bagi dirinya malah menerusi program itu dapat membantunya menimba ilmu kewartawanan.
Selain itu, Forum Media Nasional akan diadakan pagi esok sebagai platform bagi ketua-ketua pengarang, pengarang dan tokoh media berbincang mengenai kepentingan masa depan industri media, terutama dalam berhadapan perubahan teknologi dan persekitaran yang semakin mencabar.
HAWANA yang disambut setiap tahun pada 29 Mei merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
—Ā BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.