Sorting by

×

Hatten Land tandatangani MOU dengan The Medici-Watermark untuk menguruskan pusat beli-belah di Melaka

Masa Membaca:58 Saat

 

SINGAPURA: Hatten Land menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan The Medici-Watermark (TMW) bagi menguruskan tiga pusat beli-belah di Melaka, lapor portal berita The Edge Singapore, semalam.

TMW adalah anak syarikat 60 peratus milik tidak langsung Hatten Land.

Menurut Hatten Land, TMW menyasarkan untuk mewujudkan nilai harta tanah baru ‘dengan menggabungkan aset harta fizikal dengan ekonomi digital’.

Tiga pusat beli belah yang bakal dikendalikan oleh TMW adalah Elements Mall, Imperio Mall dan Vedro by the River.

Elements Mall. Foto Hatten Properties.

Sementara itu, Hatten Land, menjelaskan TMW sudah melancarkan inisiatif Enterprise 1,000 menerusi PRIME 53 untuk memudahkan kerjasama dan kolaborasi 1,000 syarikat di Singapura dan Malaysia.

“Perniagaan dalam setiap industri berubah dengan teknologi digital untuk mencipta aliran pendapatan baru dan pembabitan pelanggan yang lebih baik.

Disokong oleh veteran industri, TMW memiliki peluang luar biasa untuk memperkasakan perusahaan perniagaan di Singapura dan Malaysia untuk memanfaatkan peluang baru ketika mereka mengubah dan mengembangkan perniagaan mereka dalam ekosistem kami,” kata Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan Hatten Land, Dato’ Colin Tan.

Foto- kredit Hatten Properties

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Parlimen cukup kelengkapan, bersedia bersidang secara hibrid
Next post Musim cencaru di perairan Melaka
Ubah saiz-+=