Sorting by

×

Hasrat remaja Orang Asli untuk peluk Islam tercapai

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 2 Januari – “Saya lihat Islam ini indah malah mempunyai kehidupan yang lebih teratur itu membuatkan saya menyimpan niat untuk mengucap dua khalimah syahadah,” itu kata pemuda Orang Asli, Azri Shaari.

Azri, 16, yang berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Payung, mengambil keputusan memeluk Islam ketika mengunjungi Ceramah Agama Perdana sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23), di perkarangan Stadium Hang Jebat, baru-baru ini.

Menurut remaja itu, tiga ahli keluarganya iaitu ibu, kakak dan abangnya sudah memeluk Islam namun disebabkan rasa tidak yakin dengan diri sendiri, dia pendamkan dulu hasrat itu.

“Kebanyakkan kawan saya adalah orang Islam dan banyak yang saya pelajari termasuklah daripada emak. Menariknya bagi saya apabila tiba bulan puasa selain dapat berpuasa sebelah malam pula dapat solat ramai-ramai.

“Keinginan untuk peluk Islam semakin kuat sejak tahun lalu dan emak tidak pernah paksa cuma katanya apabila saya betul-betul bersedia buatlah keputusan.

“Tidak sangka, hari-hari terkahir 2023 ini membawa kekuatan luar biasa sehingga mendorong saya mengucap dua khalimah syahadah,” katanya.

Menurutnya, meskipun hati berdebar-debar ketika mengucap khalimah keramat itu namun dirinya terasa gembira dan sukar diluahkan.

“Sukar digambarkan perasaan ketika ini, gembira semestinya tetapi kini saya rasa amat tenang.

“Saya amat berharap penghijrahan ini membawa lembaran baharu buat diri selain dapat mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

951
Kongsi :
Previous post Banjir: Institusi pendidikan di bawah KPM beroperasi seperti biasa
Next post Rezeki tak salah alamat, pekerja pembersihan hotel menang X70
Ubah saiz-+=