
‘Harus kuarantin 14 hari selepas jalani ujian calitan’ – Exco Kesihatan
AYER KEROH 6 Okt. – Individu yang yang baru pulang dari kawasan berisiko tinggi dan mereka telah menjalankan ujian calitan (swab test) COVID-19 di negeri ini diwajibkan untuk melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan berkenaan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian individu bergelang pink yang didapati keluar membeli belah di sebuah pasar raya di Banda Hilir, semalam.
“Kita nasihatkan yang memakai gelang pink untuk terus patuh kepada perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Jangan risikokan keselamatan orang lain dan diri anda sendiri.
“Begitu juga mereka yang telah menjalani swab test. Walaupun negatif, mereka harus terus patuh HSO dan melakukan kuarantin kendiri,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Views:
Related


Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...