Sorting by

×

Harian Metro sumbang 25 komputer riba pada pelajar asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BUKIT BARU 4 Mac – Akhbar harian terkemuka, Harian Metro menampilkan kelainan menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama Affin Islamic dengan memberi sumbangan 25 komputer riba kepada pelajar terpilih daripada golongan asnaf di Melaka.

Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit berkata inisiatif bersama Affin Islamic Bank Berhad itu memilih pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum berusia 15 hingga 17 tahun.

Katanya,  pelajar bukan sahaja diberikan komputer riba, malah mereka juga menerima pelan data internet percuma selama setahun menerusi peruntukan zakat daripada Affin Islamic Bank Berhad.

“Objektif kami adalah membantu dan meringankan beban golongan sasaran seperti anak-anak yatim, ibu tunggal miskin, keluarga miskin, golongan asnaf dan rumah-rumah kebajikan.

“Seperti kita tahu, penularan wabak COVID-19 mengubah lanskap pembelajaran dan penganjaran hari ini, justeru dengan adanya sumbangan ini pelajar tersebut dapat meneruskan pembelajaran menerusi kaedah dalam talian,” katanya.

SEBAHAGIAN pelajar asnaf bergambar bersama selepas menerima sumbangan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba di Dewan Bestari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Perbankan Komuniti Affin Bank Berhad, Nazri Othman dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Karim Tumin.

Husain berkata pihaknya akan meneruskan inisiatif tersebut dengan menyaklurkan sebanyak 25 komputer riba lagi di Negeri Sembilan selepas ini.

“Kita akan salurkan komputer riba kepada anak-anak asnaf di setiap negeri dalam jangka masa panjang, tapi buat masa ini kita laksanakan di Melaka dahulu kemudian di Negeri sembilan.

“Terima kasih juga kepada Affin Islamic Bank Berhad sentiasa berganding bahu menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sejak tahun 2016 lagi,” katanya.

Sementara itu Nazri berkata, pihaknya sentiasa merencanakan beberapa siri program khususnya melibatkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Ini adalah salah satu satu bentuk CSR kami pada masyarakat dan pada hari ini kami memberi sejumlah RM125,000 peruntukan zakat bagi menjayakan program ini.

“Selain memberikan mereka komputer riba dan langgan internet percuma selama setahun, pelajar juga menerima wang tunai RM100,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1187
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri dapat injuksi ad-interim terhadap Agenda Daily
Next post PRN Johor: SPR keluarkan lebih 36,000 kertas undi pos
Ubah saiz-+=