Hari Tasyrik terakhir ibadah korban bersama masyarakat Orang Asli

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

ASAHAN 2 Julai – Masyarakat Orang Asli beragama Islam di negeri ini bertuah apabila diraikan pada Program Sinar Zulhijjah Ibadah Korban Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Gapam Baharu, di sini, hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lima ekor lembu hasil sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) dikorbankan pada program itu.

“Program disertai penduduk dari 14 kampung Orang Asli sekitar Negeri Melaka. Daging korban diagihkan kepada komuniti ini yang beragama Islam bertujuan mengimarahkan Hari Raya Aidiladha.

“Walaupun hari ini merupakan hari Tasyriq terakhir iaitu (13 Zulhijjah), tetapi dengan adanya program ini, ia membuktikan bahawa Kerajaan Negeri prihatin dan cakna hal ehwal agama membabitkan masyarakat Orang Asli.

“Justeru, saya meminta semua keluarga Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli agar berpegang teguh kepada konsep nilai toleransi, kebersamaan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sinar Zulhijjah Ibadah Korban Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Gapam Baharu.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Ujarnya, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat Orang Asli beragama Islam bagi memastikan golongan itu tidak dipinggirkan.

“Ini termasuklah dengan melantik pembimbing (pendakwah) ditugaskan untuk membimbing mereka pada setiap hari mengenai agama Islam supaya segala isu atau persoalan mereka dapat diselesaikan,” katanya.

ends…

rahmad korban 1- RAHMAD

rahmad korban 2- ANTARA masyarakat Orang Asli beragama Islam yang hadir pada program tersebut.

rahmad korbn 3- KERJA-kerja melapah daging korban bersama masyarakat Orang Asli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1942
Kongsi :
Previous post Sungai Melaka Fasa 2 jadi pusat latihan sukan air
Next post Melaka anjur perlumbaan perahu naga antarabangsa sempena TMM2024
Ubah saiz-+=